
Artikel 1: Selamat Datang ke dunia baru
Selamat datang ke laman web Studio Inspirasi ns; http://studiopages.net sebagai website yang berasaskan fotografi & design sepenuhnya untuk tatapan dan perkongsian ilmu kepada sesiapa sahaja yang berminat atau terlibat di dalam bidang ini. Pelbagai maklumat akan bakal dimuatkan dan pastinya ramai yang gemar memuat turun (download) pelbagai item yang berkaitan untuk diguna bersama. Ini akan menjadikan diri anda sentiasa kehadapan dalam bidang ni. Jadi, klik butang RSS sebagai maklumat kepada anda mengenai maklumat dan item terkini yang saya sediakan nanti.
studiopages.net menyediakan bahan bacaan ilmiah dalam bentuk artikel, tutorial & hasil kerja saya yang terkini. Di samping itu juga, anda boleh menghantar karya-karya untuk dikongsi bersama di dalam website ini sebagai bahan rujukan kepada sesiapa yang berminat. Diharapkan dengan konsep perkongsian ilmu di antara pengunjung-pengunjung dan rakan-rakan studiopages.net, kemahiran sentiasa dapat ditingkat dan digilap.
Pada mulanya Studio Inspirasi ns beroperasi di studions.fotopages.com, namun bila mendapat sokongan dari semua pihak saya merasakan saya memerlukan sebuah website yang lebih interaktif dan harus lebih menarik. Dengan itu terbinanya studiopages.net disini untuk anda semua. Saya harapkan blog ini lebih bersifat manfaat dan membuka lebih ruang kepada penggemar bidang ini untuk terus maju bersama.
Studio Inspirasi ns adalah sebuah nama perniagaan yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran: JM0473453-X dan jenis perniagaan yang dijalankan adalah perkhidmatan fotografi. ‘NS’ adalah singkatan bagi nama saya ‘Nazri Salleh’ dan bukan ‘Negeri Sembilan’ ye seperti yang digembar-gemburkan selama ini. Nama perniagaan ini telah didaftarkan selama 2 tahun tetapi sebelum ini saya telah menjalankan perniagaan bermula pada tahun 2003 lagi dengan menggunakan nama perniagaan Create Tough Creation. Disebabkan faktor susah nak sebut dan tidak sesuai dengan perkhidmatan yang dijalankan saya tukarkannya kepada nama sekarang kerana mudah diingati dan mudah di fahami.
studiopages.net juga tidak lupa kepada para bakal pelanggan yang ingin melanggan perkhidmatannya dengan menyediakan pelbagai rujukan seperti gambar-gambar produk, pakej-pakej, borang tempahan dan artikel menarik. Selama menjalankan perniagaan fotografi, Studio Inspirasi ns sentiasa memastikan produk yang dihasilkan adalah yang terbaik dan lebih baik dari pesaing-pesaingnya. Itulah tunjang kekuatannya selama 6 tahun berkecimpung dalam bidang ini. Saya akan sentiasa memastikan pembinaan jenama Studio Inspirasi ns akan sentiasa komited dengan mengiklankannya ke merata tempat dan tahun-tahun berikutnya bakal menyaksikan jenama ini menjadi jenama yang amat-amat diyakini dan dipercayai. Itulah cita-cita dan harapan besar saya. Ini kerana hanya yang terbaik bakal diberikan kepada para pelanggannya. Jadilah pelanggan-pelanggan terawal sebelum Studio Inspirasi ns terkenal kerana anda juga bakal dikenali dan akan menerima cenderahati sebagai tanda terima kasih diatas sokongan anda.
studiopages.net berharap dapat menjalankan pelbagai lagi perancangan-perancangannya untuk masa hadapan. Ada di antara rancangan-rancangan tersebut telah lama difikirkan cuma belum mampu dilaksanakan atas halangan-halangan tertentu seperti kekurangan kewangan. Saya mengharapkan sokongan membina anda supaya apa yang dicitakan menjadi kenyataan satu hari nanti. Amin….
Berikut adalah fakta ringkas mengenai Studio Inspirasi NS:
Pengasas
Nazri Salleh
Tahun diasaskan:
2003
Versi sekarang:
2
Objektif:
1. Menyediakan artikel & tutorial fotografi dan grafik secara online di dalam bahasa Melayu.
2. Pusat pengumpulan ilmu dan bahan rujukan kepada pengemar bidang berkaitan.
3. Menyediakan maklumat dan kegiatan yang berkaitan dengan fotografi dan grafik kepada pengunjung.
4. Menjadi pusat perjumpaan secara online diantara pemilik blog dan bakal pelanggan yang ingin melanggan perkhidmatannya.
5. Menyediakan kemudahan contoh-contoh gambar berkaitan produk, pakej dan borang tempahan kepada bakal pelanggannya.
Artikel 2: Jurufoto Perkahwinan
Jurufoto perkahwinan kini semakin menjadi pilihan utama selepas andaman atau wedding planner. Kepentingannya semakin ketara sejak-sejak kebelakangan ini dengan permintaan terhadap jurufoto perkahwinan profesional semakin meningkat. Dengan peningkatan permintaan itu maka masih tidak cukup untuk menampung permintaan tersebut terutama diwaktu-waktu kemuncak seperti musim cuti. Apa yang menyebabkan permintaan semakin tinggi? Adakah disebabkan trend atau bermusim sahaja?
Pada masa era 80-an dan 90-an, perkhidmatan jurufoto dijalankan secara sambilan dan biasanya dari golongan sektor awam seperti guru sekolah dan jabatan. Penumpuan mereka pada masa itu hanyalah untuk keperluan sendiri atau beberapa urusan pekerjaan. Setelah menyedari keperluan jurugambar dalam industri perkahwinan, mereka mula mencuba nasib dengan menawarkan diri kepada andaman pada masa itu. Rujukan mereka hanyalah dari kedai-kedai gambar cina yg berdekatan dengan mereka sahaja. Jadi setelah mendapat pulangan yang mampu menambah pendapatan mereka pada masa itu maka usaha tersebut diteruskan tetapi masih belum mampu untuk menjadikan bidang fotografi sebagai kerjaya sepenuh masa.
Setelah lama bidang fotografi ini di pandang sepi, kononnya tidak mampu untuk menjadi kerjaya sepenuh masa yang dapat memberikan pendapatan besar, 1 gelombang besar telah melanda. Sekarang pandangan tersebut hanyalah sampah kerana tanpa fotografi dunia ini kosong. Kita lihat majalah, surat khabar, iklan-iklan, buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain lagi memerlukan fotografi untuk menyampaikan maklumat secara visual. Betapa besarnya bidang ini sekarang…begitu juga dengan fotografi perkahwinan. Album yang disediakan juga semakin hebat kualitinya dan semakin hebat teknik shooting yang gunakan.
Kini masyarakat melihat hasil kerja jurufoto perkahwinan terutama melayu sekarang jauh berbeza dengan era 80-an dan 90-an sehingga menjadi trend atau ikutan didalam industri perkahwinan ini. Dengan perubahan ini, maka ramai yang menjalankan aktiviti sebagai jurufoto secara sepenuh masa terutama dalam industri perkahwinan. Perkembangan ini akan terus menerus berkembang kerana sekarang bidang fotografi telah mencapai tahap industri di Malaysia dan di seluruh dunia.
Artikal disediakan oleh: Nazri Salleh
Artikel 3: Gerak Gempur Promosi
Setelah lama menceburkan diri dalam industri fotografi perkahwinan ini selama 6 tahun, saya rasa masih belum puas untuk mempopularkan perniagaan saya ini kepada orang ramai kerana tanpa populariti yang kuat keyakinan pelanggan kepada kemampuan saya amat kurang. Jadi dengan strategi seterusnya dalam memasarkan jenama Studio Inspirasi ns dan StudioPages.net, pada akhir tahun ini saya akan membuka fasa pertama promosi di sekitar negeri johor. Promosi tersebut berjalan secara menyewa tapak promosi di plaza atau pasaraya terkemuka yang menjadi tumpuan orang ramai setiap minggu.
Saya akan membuat pelbagai penawaran menarik diantaranya mendapat keistimewaan potongan harga terbaik dan cenderahati yang pastinya setiap pelanggan inginkannya. Tidak ketinggalan juga penawaran sistem SMS termudah dan termurah khas untuk setiap pelanggan. Banyak lagi faedah-faedah yang tidak terjangkau memikirkannya. Menarik bukan. Saya mampu memberikan yang terbaik untuk setiap pelanggan janji mereka harus sanggup melaburkan sedikit wang untuk mendapatkannya. Saya amat menghargai setiap wang yang dibelanjakan oleh mereka. Ucapan terima kasih tidak terhingga diberikan selain faedah-faedah lain ditawarkan.
Gerak Gempur Promosi ini bakal menyaksikan perubahan besar kepada perniagaan saya yang bakal dilaksanakan pada tahun depan. Kepada yang admire my business, tunggu kemunculan sesuatu yang terbaik untuk semua. Sokongan anda juga amat-amat saya hargai supaya ia dapat menyuntik semangat untuk saya terus maju. Nantikan artikel seterusnya untuk maklumat perkembangan Studio Inspirasi ns.
Terima kasih.
Artikel 4: Situasi semakin mencabar!!
Salam kepada semua pengunjung samada yang baru atau lama. Kunjungan anda ke laman ini amat2 saya hargai. Terima kasih kerana menyokong dan mempercayai kredibiliti saya dan kru2 Studio Inspirasi ns. Agak lama saya tidak berkongsi cerita disini kerana kesibukan tugas2 sebagai jurufoto profesional. Kini pasaran perkhidmatan fotografi semakin berkembang dengan pesat begitu juga dengan pertambahan jurufoto samada secara sepenuh masa atau sambilan.
Kini situasi semakin mencabar kepada jurufoto profesional sepenuh masa seperti saya. Bukan bererti saya tidak suka tetapi inilah realiti yang perlu saya hadapi. Pelbagai strategi yang perlu saya rangka untuk bersaing didalam pasaran yang disertakan dengan kegawatan ekonomi dunia yang tidak menentu kini. Peningkatan jumlah jurufoto melayu kini mendadak naik kerana disebabkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya seni foto perkahwinan. Semakin unik dan kreatif sesebuah hasil pasti menjadi inspirasi kepada penggemarnya terutama jurufoto dan ini pasti mendapat publisiti yang meluas dikalangan masyarakat. Ini bermakna permintaan terhadapnya akan meningkat dan pendapatan semakin baik.
Disebabkan itu ramai yang ingin mencuba kerjaya sebagai jurufoto perkahwinan dan kerjaya ini juga kini diakui sebagai kerjaya profesional. Walaupun penglibatan anak2 muda dalam bidang ini ramai namun pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka masih kurang dari segi pendedahan atau praktikal. Menjadi jurufoto perkahwinan yang profesional bukan setakat tahu ambil gambar saja tetapi lebih dari itu seperti budaya masyarakat tempatan, gaya berpakaian, gaya peragaan, cara berkomunikasi dengan persekitaran, psikologi, dan lain-lain lagi. Apa yang ingin saya nyatakan disini adalah pengalaman dan sifat sabar adalah kunci utama kejayaan dalam bidang ini.
Jadi, perlu diingat bahawa hasil yang berkualiti dan cantik sahaja yang akan bertahan didalam pasaran ini dan bukan semata-mata kerana harga rendah.
Artikal disediakan oleh: Nazri Salleh
Artikel 5: Ramai Rakan-Rakan Saya Mengeluh…Kenapa?
Salam kepada pengunjung semua. Tahun 2009 adalah tahun yang ramai melangsungkan perkahwinan sebenarnya dan bukan tahun yang merudum untuk perniagaan dalam ketegori perkhidmatan terutama dalam industri perkahwinan seperti andaman dan fotografi (termasuk yg berkaitan). Pada awal tahun 2009 ramai yang akui ekonomi seluruh dunia agak meruncing namun alhamdulillah negara kita masih stabil dalam arus kegawatan ekonomi tersebut. Ramai rakan-rakan jurufoto saya pada masa itu mengeluh kerana kurang tempahan dari Januari hingga bulan April. Saya juga merasai tempiasnya namun saya faham itu semua adat perniagaan, ada surut dan naiknya.
Namun saya tidak bersikap tunggu dan lihat. Saya teruskan usaha mempromosikan perniagaan saya ini melalui internet kerana kos yang murah dan cepat. Saya gunakan segala pengalaman dan kemahiran yang ada untuk melonjakkan tempahan dengan cara berhemah supaya elak di blacklist dan spam. Sepanjang usaha selama 3 bulan telah membuahkan hasil yang diharapkan. Saya menerima tempahan sepanjang bulan sehingga akhir tahun 2009 (masih ada kekosongan lagi). Alhamdullillah.
Itulah yang dimaksudkan ketekunan dan kesabaran adalah kunci utama dalam kejayaan. Kalau bukan ‘kunci’ itu yang saya pegang masakan saya boleh bertahan selama 7 tahun. Inilah motivasi yang ingin saya kongsi bersama kepada semua. Biar semua boleh merasai kejayaan yang diimpikan. Pastikan ada ilmu, kemahiran, pengalaman dan kreativiti dalam menggapai cita-cita. Jangan tunggu dan lihat tetapi kita mesti rebut peluang secepat mungkin sebelum orang lain ambil.
Artikal disediakan oleh: Nazri Salleh










